Tuesday, 22 April 2014

PRA DIPLOMA(meh baca meh!)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..


OK2..dah lame sebenarnye xupdate blog ni..nak update..tp xsempat..so skunk cuti sem..so.boLeh la wani update sikit..
sebelum nak cerita tajok kt atas tu..wani nk inform ckit..
sekarang wani jd skp..tahu x ape SKP?? SKP tu (SKIM KHIDMAT PELAJAR)...WANI JD SKP KT UITM..KEJE SKP NI MEMBANTU STAF2 UITM...bunyi cam best kan..hehe..bila jd rasa cam staf plak..org cuti sem,g jejalan..wani keje..tp..memang best keje ni, walaupun banyak gila nk kena keyed in borang..but..I'M HAPPY!! OK.. xnak dah melalut..ok..meh wani nk cita..ape itu pra diploma..mesti ramai nanti student2 lepasan spm akan search pasal ni..bace bawah ni k..

UiTM - MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA



Pengenalan

Program Mengubah Destini Anak Bangsa ( MDAB ) UiTM PERLIS diilhamkan oleh Y.Bhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM, berasaskan idea cetusan YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dimana UiTM perlu memperuntukan sebanyak 5000 tempat setiap semester bagi diisi oleh pelajar-pelajar miskin serta anak yatim yang berkelayakan. Program ini adalah merupakan program berbentuk tanggungjawab sosial UiTM (Corporate Social Responsibility) yang dipertanggungjawabkan kepada UiTM untuk membantu dan memajukan pelajar Melayu dan Bumiputra menguasai ilmu dan pengetahuan.

Ringkasan Program

Program Mengubah Destini Anak Bangsa ( MDAB ) merupakan program di mana pelajar Melayu dan bumiputra yang gagal untuk mendapatkan tempat di universiti kerana merit yang tidak mencukupi, peningkatan kos pengajian yang tinggi dan gagal dalam mendapatkan tempat pengajian di IPT, dibantu untuk mencapai impian mereka. UiTM menawarkan program berasaskan kelayakan pelajar sama ada ke program Pra Perdagangan atau Pra Sains.

Dokumen Diperlukan

Dokumen lampiran yang perlu disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Permohonan MDAB
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan SPM / SPM Ulangan
  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa
  • Salinan Sijil Kelahiran Ibu & Bapa
  • Salinan Pendapatan Ibu & Bapa / Surat Pengesahan Pendapatan

Maklumat Penting

  • Borang Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) adalah PERCUMA
  • Penubuhan MDAB ini adalah bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputra di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM3,000 sebulan
  • Borang permohonan program MDAB ini sah untuk satu(1) kali permohonan sahaja. Calon yang ditawarkan perlu mengambil peluang pengajian ini sebaik-baiknya jika ditawarkan tempat
  • Pelajar yang lulus dalam Program Mengubah Destini Anak Bnagsa (MDAB) layak ditawarkan ke program diploma mengikut syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh UiTM
  • Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTRA WARGANEGARA MALAYSIA sahaja
  • Keputusan penawaran oleh UiTM adalah MUKTAMAD

Syarat Kelayakan Am

PD002 (Pra Perdagangan) : 1 Semester / 6 Bulan

Syarat Am Universiti :
Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit / kepujian termasuk Bahasa Melayu.
Syarat Khas Program :
- Lulus Matematik / Matematik Tambahan
- Lulus Bahasa Inggeris

PD007 (Pra Sains) : 1-2 Semester / 6-12 Bulan

Syarat Am Universiti :
Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit / kepujian termasuk Bahasa Melayu.
Syarat Khas Program :
- Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
DAN Lulus Bahasa Inggeris
SERTA : Lulus satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran yang berikut :
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Sains Tambahan

Kemudahan yang disediakan

- Pengecualian yuran pengajian
- Kemudahan asrama
- Elaun bulanan / wang sara diri

Cara Memohon

Borang permohonan boleh di muat turun di laman web www.online.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di kampus UiTM yang berhampiran

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
KOORDINATOR
PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA ( MDAB)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Teknologi MARA Kampus Perlis
02600, Arau, Perlis
Tel : 04-9882124/2126/2390/2498/2491/2493/2494/2495
Fax : 04-9882019



 sebenarnya untung taw ambil program ni..banyak gila faedah..
selalunya pelajar lepasan spm yg tak kredit dalam ENGLISH and MATHEMATICS..mesti akn masok ni dulu..
ni wani nk gtaw korang ni..xrugi pun masuk ni..memanglah 6 bulan..tapi tape,kita msok lambat diploma,asalkan kita mahu belajar..
 banyak bende wani nk cita tapi..masa xmengizinkan..sape2 yang nk tanya ape2,bole tggalkan komen atau mesej je wani..wani akn reply..dun worry..!
for your information..wani pun join p promote program ni..hehhe..seronok taw sembng ngn makcik2 ni..


 ni gambar koordinator uitm perlis,rektor uitm dan staf2 yang turut membantu sewaktu selangakh ke universiti






 ni gambar wani dan kwan wani,ika nama die..gambar ni promosi dekat mrsm kubang pasu



 gambar ni dekat langkawi,smk kedawang...jauh oo,wani g promosi,time nak naik feri,..suma pakat dok tengok..pkai baju koporat sama,bawak  kotak2..macam2..





 gambar ni kt uitm arau,perlis..




so..setakat ni dulu..ape2 ragu2,musykil2..tanye je..wani akn membantu anda..hehehe..

8 comments:

  1. sori saye bertanye,pendapatan kluarga saye lebih 4k boleh ke mohon

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. after 6 moth pra tu sure ke kita sambung dip dekat uitm ?

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..nak tanya kalau yang amik sains biasa tak blh ke amik course pra dip sains ni... tq

    ReplyDelete
  5. Hi , nak tanya . Untuk pra dip tu kita boleh pilih ke nak masuk mana² cawangan uitm ? atau uitm tetapkan

    ReplyDelete
  6. Hi sis sy nak tanye something boleh sy wassap sis.

    ReplyDelete
  7. IGT, titanium trim hair cutter, CNC, and zinc trim
    It features a short, smooth and soft titanium dioxide skincare blade head (like other titanium 3d printing trim forms of CNCs) titanium knife and the ability to titanium dioxide skincare work on a long used ford edge titanium term project or training project.

    ReplyDelete